AHLAN WASAHLAN~

.:AYAT-AYAT HATI AKU:.

Tuesday, May 22, 2012

kisah SAHABAT :)

SAHABAT SEJATI,SENTIASA DI HATI <3

hari ni ieka nak cerita pasal SAHABAT . ya,semua orang mesti ada sahabat . ada yang mentafsirkan sahabat itu sama sahaja , beliau lah sahabat,beliau lah teman , beliau jugalah kawan . tapi , ieka sendiri tak berfikiran macam tu . ngehhh =D  ieka anggap , sahabat tu macam family ooo , very close to us , dan sayang nya lebih sikit daripada insan yang dipanggil TEMAN , KAWAN , etc. 
kali ni , ieka nak story pasal depa yang ieka panggil sahabat ni . tak lama lagi , kami masing-masing dah nak berpisah . masing-masing akan ikut haluan hidup dan impian tersendiri . masing-masing akan kejar cita-cita  tersendiri . 

siapa mereka , si sahabat ieka ??

ni haa !

                                                           
                                                            noor adhilla bt ahmad zaidi

                                                                     dan juga


fatin najihah bt mohd azmi

:)

mereka dormmate saya . yang adhilla tu lah sahabat since form one lagi , dan jieha pula muncul waktu form four . mereka melengkapkan hari-hari saya . mulai dari celik mata , sampailah mata dipejam semula . actually , entri kali ini mungkin lebih kepada sepucuk surat yang kononnya nak di poskan kepada rumah diorang , tapi (kononnya macam busy sangat sangat laaahh) , tak sempat ditulis atas kertas (cuma sempat tulis assalamualaikum , hye dhilla , kemudian tertidur  haha) lalu ditaip pula di sini .. aisehh..ayat tak boleh blah..

so , kita mulakan dengan adhilla dulu ye 

my sayang adhilla ,
terima kasih banyak , kau ceriakan hari-hari aku kat dalam dorm ,sejak hari pertama kita masuk dorm , letak barang ,loker aku kat side depan dan kau punye kat side belakang (kan ? lupe la hehe) , dan family kita pun berjumpa buat pertama kali . ayah kau dan ayah aku bertegur sapa , berjabat tangan mesra :)  dan ayah aku pun kata 'ha , nanti kawan-kawan lah ye ' (lebih kurang la ayat tu..)  dan kita pun saling tersenyum mesra . hari berlalu , dan kau yang aku kenal saat itu adalah si adhilla yang ramah gile wehh , borak tak habis - habis , dan kau sangat ceria . kau ingat lagi satu petang tu , kita berdua (atau ada lagi kakak dorm yang lain tak silap) sama-sama angkat katil aku , then suddenly aku tak sempat angkat kaki dan kau pun terletakkan katil tu dan argggghh  hujung kaki katil tu hempap ibu jari kaki aku . mulanya aku ingat terlanggar sikit , then aku biar je lah . sekali aku berjalan , dan aku pelik bila pandang lantai , kenapa ada darah kat lantai ? patut lah , kaki aku tadi berdarah la pulak . baru lah semua orang kelam kabut suruh aku keluar dan basuh kaki . waktu tu , kau lah yang paling kelam kabut , tak habis-habis say sorry , cuak lah tu haha . parut tu still ada . kenangan tu :) then , kita pun makin membesar . umur yang makin meningkat macam makin memisahkan kita . kau dengan geng kau , dan aku dengan kawan-kawan rapat aku . kau perasan tak ? . pasal ni , cam tak best pulak nak story kat sini . tak apa , buang yang keruh , ambil yang jernih . kemudian , bila naik form four , kita dapat dormmate baru , yaaa .. jieha pun muncul :)   dan , sejak tu lah aku perasan , yang kita semakin rapat balik . rapat gila kott.. dan , aku nampak , sahabat aku si adhilla ni sweet gila orangnya .. chewaah :)
ingat tak baju batch aku yang kau bakar , hahaha , confirm kau gelak bila kau baca ni . aku pun gelak bila teringat balik . lawak la . lawak sangat sangat ! baju aku yang terkorban , kau pulak yang beria-ia menangis . haha . nasib ada mak jieha kan :) dan , banyak lagi sebenarnya memori kau dan aku ni . tapi , next time lah kita ungkapkan balik ya :)

next ,

my sayang jieha :)
tak tahu  lah kau dah masuk upnm ke belum , tapi hopefully kau ada kesempatan baca entri ni . jieha , kau muncul dengan 1001 keceriaan bersama . first time we say hello , waktu tu kau dengan mak kau kemas-kemas barang kat loker . waktu tu dalam hati aku cakap , 'weee ~ katil atas aku dah ada penghuni :) ceria nya budak ni senyum haha'   dan , sebenarnya dah menjadi budaya aku ngan dhiela , kalau ada budak baru masuk dorm saudah , siap lah , get ready lah kena interview macam-macam dengan kitorang . well , terlebih peramah lah katakan :)  hari pun berlalu dengan sangat lah pantas , tampuk kepimpinan pun bertukar dan kau pun jadi ketua dorm baru saudah . keceriaan dalam diri kau tu telah menutup hampir sepenuh ketegasan kau . comel gila bila ingat balik time kau nak marah budak-budak dorm , tapi kelam kabut nak cakap sebab kau pun dah mula menangis . memang cute lah orang yang tak pandai marah ni . seriously . pastu , ingat lagi tak kita mati-matian buat keceriaan dorm sama-sama . memang best lah ada mak kau tolong jahitkan langsir kat loker tu . memang smart :)  pastu ada masa tu , kau buat aktiviti tambah ekonomi , ye . kau berniaga . memang masyuk la . seriously , aku rindu gila kek batik kau wehhh . after habis sekola tahun lepas , sampailah sekarang , aku tak dapat makan kek batik lagi =_=' . aku tak geti nak buat sendiri . sobs . kau punya memang terbaik! hehe . dan satu lagi , kisah baju aku yang terbakar haha , mak kau lah hero aku wehh .. memang sangat-sangat lah berterima kasih dengan mak kau . dan thanks juga kat kau , banyak kali aku pinjam jarum , benang ,penetas etc bila masa terjadinya kes-kes koyak-koyak , hehe . then , kau ingat tak kau bagi aku pinjam akuarium untuk kura-kura aku . tak silap , masa tu aku ada 3 ekor kura-kura kot , yang nadia bagi masa tukar-tukar hadiah dorm . pastu , kau ingat  tak , satu masa tu , 6 malam berturut-turut aku kena 'hempap' ,dan kau dengan tak banyak cakap , terus say ok bila aku ajak kau turun tidur kat katil aku . terharu gila . terima kasih banyak taw . lastly , aku tak sangka kau akan terlibat dengan dunia tentera di masa hadapan . wow !   walaupun baru 2 tahun kau dan aku berkenalan , tapi rasa macam dah lama sangat kenal kau wehh . memang best sahabat si ceria aku ni :)



dhiela , jieha .
aku rindu saat-saat berharga dengan korang.
aku rindu saat-saat korang kejut aku subuh .
aku rindu saat-saat bila kelam kabut bangun subuh , pergi toilet dan wah bestnya dah ada orang tolong cop kan shower .
aku rindu saat-saat bila mana aku balik prep malam dengan muka yang ketat gila , atau lebih sikit bila aku dah menangis terus tekup muka kat bantal , pastu kantoi pulak menangis sebab alas bantal warna merah senang nampak bila dah basah , kemudian korang datang kat aku and asking me 'ieka , kenapa ni ? '
aku rindu sangat bila kelam kabut pagi-pagi nak pergi sekolah , duty dorm aku tak siap lagi dan korang tolong buat kerja aku sikit .
aku rindu saat-saat aku mintak sikit mineral water daripada korang .
aku rindu sangat bila malam-malam , ada je proses belanja-belanja air kotak kat bilik pengawas .
aku rindu sangat bila nak makan malam , korang follow jugak aku pergi makan walaupun dah lewat sangat .
aku rindu sangat bila hari ahad , balik dari cuti , kita duduk kat tengah , then jieha dengan kek batik dia , kau pulak macam-macam lauk yang kau masak sendiri ,dan aku tak habis-habis dengan roti gardenia with sambal telur hancur .
aku rindu sangat saat-saat study kat dorm waktu sabtu dan ahad , paling best bila ada orang buat step pertama : study duduk bertukar posisi kepada baring pulak , step kedua : 'kejut aku lagi lima minit ' dan step last : zzzzzz terus! haha!

dan ...

sebenarnya aku paling rindu saat-saat kita study malam , pastu dah nak tidur , dan akan ada satu suara , 
" ieka dah tidur ke belum tu ? "   .. korang sangat faham aku tak boleh tidur kalau aku orang yang paling last berjaga ..  orang rumah aku pun tak memahami aku macam tu =_='      lagi satu , saat-saat kita berperang ngan cik lipas . fuhhh! sangat la benci keadaan tu . macam biasa , aku terus naik katil , dan dhiela terus capai      
penyapu . hebat .aku cuma mampu jerit dan pandang , atau lagi best keluar dorm terus ;)

panjang aku story kan .

semoga kisah persahabatan jarak jauh ni kekal terpatri dalam sanubari kita :)

dhiela , jieha , kita jumpa lagi lain kali taw . nak kahwin ajak aku .tunjuk dulu bakal laki korang kat aku , tengok aku restu ke tak . haha =P

jangan lupakan aku , as i will remember you . 

sayang gila kat korang , friends forever <3




















3 comments:

  1. WAHH.SEDIH BACA.JAP ASAL IEKA BAKAR BAJU LEGACY TU?O.O

    *this one is my new link http://umieamirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. umie sayang , baju kurung batch tu terbakar . mase tu konon2 adhilla nak tolong gam manik kat baju tu . malangnya .. haha..

    ReplyDelete
  3. sayaaaanggggg :'(

    kau dah buat ijok banjir malam niiiiii . huuuu , aku taktau nak cakap apa dahhh . sayang kau jugaakkkkk :')

    ReplyDelete