salam~
tempoh hari,ayah ana ade beli bku ini~indahnya hidup bersyariat~setelah berhari2 mmbacanya(ttpi ana belum mnghabiskannya..),ana dapati,isinya memg cukup sempurna utk memandu kita dlm kehidupan seharian sbgai muslim..
antara isi yg menarik hati ana adlh:
Tanda Seseorang Itu Menjadi Munafik
1.) iman tidak tetap dan tidak teguh
Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin.Orang yang tidak teguh imannya sentiasa berubah2 mengikut keadaan.mereka sangat mudah terikut2 dan terpengaruh dgn persekitaran.
2.) tindak tanduk yg sentiasa berubah
Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yg hebat.Ketika dia bersama org yg sedang beribadat,dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya.Sebaliknya yg terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak,dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.
3.)tidak tetap kata
Dia selalumengubah pendiriannya.Sewaktu bersama dengan org mukmin yg lain,dia akan memuji2 Islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran Islam tetapi di belakang org mukmin,secara senyap dia akan menghina Islam.
4.)sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas
Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa,dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yg setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.
5.)jiwanya tidak tenteram
Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap berpura2 di hadapan org ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.
6.)menjadikan dunia sebagai matlamat hidup
Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan.Akhirat bagi org munafik hanyalah satu mitos atau khayalan.
"Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan munafik ini kerana segalanya penuh dengan kepura-puraan.Lagi pula,balasan di akhirat amat berat"

No comments:
Post a Comment